Sunday, February 17, 2013

Thursday, January 10, 2013

BICARA KALBU DI SAAT KELIRU Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam yang terjangkau olehku hanyalah sebutir ombak di permukaannya Namun aku hanya juga hamba ALLAH yang berhak untuk melalui jalan menujuNYA hanya Dikau yang berhak memilih sesiapa untuk di anugerahi rahsia ikhlas itu padaku hanya tadbir, padaMU segala takdir... cintaku sekelumit rasa, hampir tiada saat ini aku hanya berbekal harapan benteng terakhirku hanya rasa tidak berputus asa bicara kalbu ku disaat aku keliru,,,kekasihku dalam rasa malu, takut dan harap masih aku memberani diri memohon kau kembali Malam ini adalah malam yang paling panjang dapat kuluah segala dan semua seakan tercabut tulang yang mengait dalam sanubari sekian lama namun adakah tiba saat berpisah? sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu kekasih .. bicara kalbu di saat aku keliru aku dambakan kebaikan yang melahirkan kebaikan aku pohon ketenangan yang memberikan ketenangan pinggirkanlah segala sengketa hampirkan semua cinta kita tanpa dendam tanpa prasangka kekasih.. bicaraku disaat aku keliru di sini hari hari ku merangkak sepi diheret pada suatu penantian yang entah bila akan kesampaian

Engelbert Humperdinck - When There's No You

Sunday, January 6, 2013

TIDAK BERDAYA ..

Pagi indah... cahaya mentari mengintai di balik jendela..selepas subuh aku terlema semula rupanya.. pagi sunyi... rumah ini sunyi ... keliling kawasan ini pun tidak ada bunyi yang menganggu.. bersiram dan lakukan solat dhuha, hanya ini yang aku mampu lakukan. pagi ini sarapan air kopi dengan nasi himpit yang aku buat semalam.. hasrat untuk menyapu rumah aku kumpulkan kudrat dan iradat yang ada...lutut kanan semakin rasa membengkok.. berat benar kaki ini nak melangkah...aku kena bertahan lah... akhirnya aku dapat menyapu habuk2 yg tidak kelihatan tadi.. alangkah lega bila rumah sudah di sapu. di mop dan dapat lap meja dan dapor.... Allah tarik nikmat baru sedikit.. aku rasa sungguh malang kerana tidak berdaya berjalan tegap seperti dulu, diluar aku terpaksa guna tongkat untuk mengelakkan aku kurang imbangan dan jatuh.. waktu zuhur dan Asar rasa begitu cepat datangnya.. Jam 6 aku sudah berada di taipan Senawang... bertongkat masih untuk ke meja makan... makan mee goreng sendirian... tersedak minum air karet bila Que call dia akan bertunang dan akan bernikah bulan May nanti dan ajak aku bernikah juga pd tahun ini.....mudah mudahan Que akan menemui bahagia dengan lelaki itu walau pun katanya cinta belum berputik lagi...aku tidak berdaya.. untuk menjanjikan akan berkahwin kah aku... ? Abang S rupanya berdepan dengan masalah yang bermacam.. jatuh bangun dlm perniagaan memang biasalah.. apapun aku yang pasti kena tempiasnya...tersilap aku menyapanya... sedang dia berdepan dgn tekanan ...terkedu dan rasa tersentak dan aku berdiam diri kerana aku tahu diam itu jalan paling mudah untuk pujuk hatiku yang tersendu...setengah jam Abang s utus balik kata2 maafnye.. aku juga mohon maaf kerana tidak mampu nak mentelah perasaan rungsingnya..aku mohon maaf Abang S.. terima kasih dengan kasih sayangnya.... terima kasih kerana berkongsi rasa itu bersam ku... tanpa mu aku pasti seksa kesunyian di sini... hadirmu yang selalu menemaniku di alam maya ini memberi harapan baru...

Thursday, January 3, 2013

JUMAAT yang hening

Jumaat datang lagi, aku mengira waktu hari demi hari yang berputar dan aku sedari masa tidak mungkin bertemu semula semalam yang pergi.secawan kopi dan dua keping roti terakhirku memadailah untuk sarapan pagi ini... Makan tengahari di warung kecil di tepi gedung Giant, nasi dengan ikan goreng dan ikan tenggiri masak lemak cili api, berjumpa semula budak rambut panjang yang kendalikan Carwash di tepi warung tu, aku lambat dapat kawan di Seremban ini.. namanya pun aku cepat lupa... alahai...sekurang2nya aku kenal dia, anak muda yang berwawasan dan baik budi bahasanya... Hari ini aku teringat mak, call mak yang berada di Bota... semoga mak riang gembira bertukar angin..seminggu sekali call mak menjadikan mak tidak akan berkata " kau jarang call mak telefon canggih2 semua",.... Apalah yang hendak diharapkan dari anak anak yang telah berumahtangga seperti anak2 ku, mereka tahu aku sihat sejahtera di sini...aku jauh tidak kecil hati... tapi mak aku tu dia tidak boleh membaca, dia tidak berapa faham peredaran berita dunia, jadi bila anak2 call mungkin sudah besar hatinya... masih aku dengar lagu2 dari irama GOLD @astro 861, sambil merehatkan diri yang terhimpit dengan kesunyian.... sunyi sungguh rumah ini...... Esok Sabtu... Ahad...Aku tunggu Isnin akan ada temujanji Fisoterapi di Hospitan Serdang jam 2.30 petang... harap lutut kanan ni kuat bertahan..Jumaat yang hening ini aku masih terdampar dalam kerehatan yang panjang...... Allah aku mohon kelembutanMU untuk mendapat rezeki yang tidak kuduga entah apa....semoga Aku di ampunkan segala salah laku samada aku sedar atau tidak...