Sunday, January 6, 2013

TIDAK BERDAYA ..

Pagi indah... cahaya mentari mengintai di balik jendela..selepas subuh aku terlema semula rupanya.. pagi sunyi... rumah ini sunyi ... keliling kawasan ini pun tidak ada bunyi yang menganggu.. bersiram dan lakukan solat dhuha, hanya ini yang aku mampu lakukan. pagi ini sarapan air kopi dengan nasi himpit yang aku buat semalam.. hasrat untuk menyapu rumah aku kumpulkan kudrat dan iradat yang ada...lutut kanan semakin rasa membengkok.. berat benar kaki ini nak melangkah...aku kena bertahan lah... akhirnya aku dapat menyapu habuk2 yg tidak kelihatan tadi.. alangkah lega bila rumah sudah di sapu. di mop dan dapat lap meja dan dapor.... Allah tarik nikmat baru sedikit.. aku rasa sungguh malang kerana tidak berdaya berjalan tegap seperti dulu, diluar aku terpaksa guna tongkat untuk mengelakkan aku kurang imbangan dan jatuh.. waktu zuhur dan Asar rasa begitu cepat datangnya.. Jam 6 aku sudah berada di taipan Senawang... bertongkat masih untuk ke meja makan... makan mee goreng sendirian... tersedak minum air karet bila Que call dia akan bertunang dan akan bernikah bulan May nanti dan ajak aku bernikah juga pd tahun ini.....mudah mudahan Que akan menemui bahagia dengan lelaki itu walau pun katanya cinta belum berputik lagi...aku tidak berdaya.. untuk menjanjikan akan berkahwin kah aku... ? Abang S rupanya berdepan dengan masalah yang bermacam.. jatuh bangun dlm perniagaan memang biasalah.. apapun aku yang pasti kena tempiasnya...tersilap aku menyapanya... sedang dia berdepan dgn tekanan ...terkedu dan rasa tersentak dan aku berdiam diri kerana aku tahu diam itu jalan paling mudah untuk pujuk hatiku yang tersendu...setengah jam Abang s utus balik kata2 maafnye.. aku juga mohon maaf kerana tidak mampu nak mentelah perasaan rungsingnya..aku mohon maaf Abang S.. terima kasih dengan kasih sayangnya.... terima kasih kerana berkongsi rasa itu bersam ku... tanpa mu aku pasti seksa kesunyian di sini... hadirmu yang selalu menemaniku di alam maya ini memberi harapan baru...

No comments: