Thursday, January 3, 2013

JUMAAT yang hening

Jumaat datang lagi, aku mengira waktu hari demi hari yang berputar dan aku sedari masa tidak mungkin bertemu semula semalam yang pergi.secawan kopi dan dua keping roti terakhirku memadailah untuk sarapan pagi ini... Makan tengahari di warung kecil di tepi gedung Giant, nasi dengan ikan goreng dan ikan tenggiri masak lemak cili api, berjumpa semula budak rambut panjang yang kendalikan Carwash di tepi warung tu, aku lambat dapat kawan di Seremban ini.. namanya pun aku cepat lupa... alahai...sekurang2nya aku kenal dia, anak muda yang berwawasan dan baik budi bahasanya... Hari ini aku teringat mak, call mak yang berada di Bota... semoga mak riang gembira bertukar angin..seminggu sekali call mak menjadikan mak tidak akan berkata " kau jarang call mak telefon canggih2 semua",.... Apalah yang hendak diharapkan dari anak anak yang telah berumahtangga seperti anak2 ku, mereka tahu aku sihat sejahtera di sini...aku jauh tidak kecil hati... tapi mak aku tu dia tidak boleh membaca, dia tidak berapa faham peredaran berita dunia, jadi bila anak2 call mungkin sudah besar hatinya... masih aku dengar lagu2 dari irama GOLD @astro 861, sambil merehatkan diri yang terhimpit dengan kesunyian.... sunyi sungguh rumah ini...... Esok Sabtu... Ahad...Aku tunggu Isnin akan ada temujanji Fisoterapi di Hospitan Serdang jam 2.30 petang... harap lutut kanan ni kuat bertahan..Jumaat yang hening ini aku masih terdampar dalam kerehatan yang panjang...... Allah aku mohon kelembutanMU untuk mendapat rezeki yang tidak kuduga entah apa....semoga Aku di ampunkan segala salah laku samada aku sedar atau tidak...

No comments: